Terkini
Nabila Razali Adalah Maskot Teratai Dalam The Masked Singer Malaysia S4
Banyak netizen terkejut dan hampir tidak percaya apabila penyanyi Nabila Razali mendedahkan bahawa dia adalah Teratai dalam program hiburan realiti The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4) semalam.
Dalam musim keempat The Masked Singer Malaysia (TMSM4), penyanyi Nabila Razali dengan rasa gembira dan bangga dapat menunjukkan dirinya yang lain atau alter ego sebagai maskot teratai melalui program realiti tersebut.
Nabila Razali juga berkongsi bahawa perbezaan dalam identiti telah memberinya keberanian untuk keluar dari zon selesa untuk cuba menyanyikan pelbagai lagu genre. Keyakinan diri Nabila Razali sebagai penyanyi semakin meningkat setelah menyertai program tersebut.
“Kalau sebelum ini saya menyanyi genre lagu yang sama, tetapi kali ini saya dapat menari dan boleh โgedikโ di atas pentas. Perkara yang saya tak pernah buat lagi. Lagipun peminatย selalu ingat saya seorang yang โsweet girlโ jadi di sebalik maskot ini saya dapat terokai sisi lain Nabila Razali.” Katanya.
Nabila memberitahu pada masa yang sama, penonton telah mula mengenali kemampuan vokalnya walaupun dia menyembunyikan identiti di balik maskot Teratai.
“Saya rasa selama ini saya tidak berpeluang mempamerkan kemampuan diri tetapi mungkin kadang-kadang bila sudah ada peluang saya buat silap pula. Perkara ini diluar jangkaan.ย Saya mahu beri kredit kepada guru vokal saya iaitu Shafiq Erwin kerana berjaya membentuk saya untuk menjadi lebih baik.”
“Saya tidak cakap saya sudah bagus, banyak lagi saya perlu belajar. Program ini setiap minggu ada cabaran untuk saya untuk menyakinkan penonton dan mampu memberikan persembahan dengan baik.” Katanya
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini1 month ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)