Connect with us

Terkini

Tekaan Tepat Bunga Matahari Adalah Stacy, Pemenang The Masked Singer Malaysia Musim Ke-4

Published

on

stacy pemenang the masked singer malaysia musim keempat

Stacy, yang mengenakan kostum bunga matahari, dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan The Masked Singer Malaysia Musim (TMSM) musim ke-4.

Stacy mengakui bahawa tidak mudah untuk bertanding di atas pentas tersebut selama 10 minggu. Beliau menghadapi banyak cabaran sepanjang tempoh tersebut sehingga berjaya dinobatkan sebagai juara.

Ummu Shaikhah Stacy binti Anam, lebih dikenali sebagai Stacy, dengan penuh syukur atas kemenangannya dalam program tersebut. Walaupun identiti Stacy dikatakan tidak dapat disembunyikan dengan baik, dia tetap berbangga dan terharu kerana peminat masih dapat mengenali suaranya sejak dari awal penyertaannya dalam pertandingan tersebut.

Bukan itu sahaja, Stacy juga menyatakan bahawa dia sampai pitam kerana beratnya kostum Bunga Matahari. Kostum yang berat itu membuatnya terpaksa mengurangkan pergerakkannya semasa menyanyi di atas pentas.

“Baju berkenaan berat dan sebenarnya menghadkan pergerakan dan tarian, mujur semua membantu dan berikan kerjasama.” Katanya.

Untuk makluman, Stacy memenangi pertandingan, diikuti oleh Namie (Mat Helang) sebagai naib juara dan Danial Zain (Sang Kancil) di tempat ketiga. Adinda (Biskut Aiskrim) menempati tempat keempat, manakala Nabila Razali (Teratai) berada di tempat kelima.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending