Connect with us

Terkini

Setelah Setahun Pendam Hajat, Maryam Menangis Gembira Saat Suaminya Berikan Hadiah Pakej Umrah.

Published

on

Maryam menangis dapat hadiah dari suami pakej umrah

Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Duriankimchi yang telah memeluk Islam selama 5 tahun merasa begitu terharu kerana dapat menghayati keindahan agama Islam dengan lebih mendalam. Saat ini, dia sangat gembira kerana akan menjalankan ibadah umrah untuk pertama kali pada akhir Februari ini.

Maryam dengan jelas menyatakan bahawa setahun yang lalu, dia telah berniat untuk pergi ke Tanah Suci Makkah. Namun, dia terpaksa menunda niat tersebut kerana berhadapan dengan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan.

“Alhamdulillah, setahun saya doa nak pergi umrah” Katanya menerusi hantaran di instagram.

Bagaimanapun, dia tidak menjangka bahawa suaminya (Ryzal Ibrahim) akan memberikan kejutan berupa pakej umrah sempena hari jadinya pada 19 Februari.

Jelas Maryam, pada mulanya Maryam kurang memahami tujuan sebenar umat Islam menjalankan ibadah umrah. Namun, pandangannya mulai berubah setelah melahirkan anaknya yang berusia 3 tahun.

Maryam juga memulakan proses pembelajaran untuk menutup aurat dengan sempurna, bahkan perniagaan khimar juga menjadi salah satu aspek dalam proses tersebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending