Netizen Puji Adab Anak-Anak Muda Yang Bangun & Salam Ustaz Azhar Idrus

Tindakan sekumpulan anak muda yang menunjukkan adab yang tinggi ketika bertemu pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, telah menarik perhatian netizen.

Dalam satu perkongsian di TikTok, sekumpulan anak muda lelaki dilihat sedang asyik bermain permainan Mobile Legends di telefon pintar masing-masing sambil duduk bersantai di sebuah restoran.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang memuji akhlak mulia anak muda itu, yang jelas menunjukkan hasil didikan baik daripada ibu bapa mereka.

“Adab dulu baru ilmu”

“Macam ni baru betul, adab dengan orang tua & orang yang berilmu tu”

“Alhamdulillah suka tengok anak-anak muda macam ni. Masih ada tanda hormat”

Leave a Comment