Hubungan mesra dan keserasian antara penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, dengan ahli politik Syed Saddiq semakin menarik perhatian orang ramai.
Baru-baru ini, Bella dan Saddiq dilihat sekali lagi bekerjasama untuk mempromosikan jenama kosmetik menerusi video yang dimuat naik di TikTok.
Syed Saddiq juga turut menerima cabaran Bella untuk mengenakan solekan di wajahnya.
“Sebab awak macam kucing, jadi saya kena sapu foundation ini di bawah dagu juga.“
“Awak pakai shade apa-apa pun cantik.“
Dalam video yang sama, Bella turut bertanya kepada Saddiq tentang definisi cantik menurut pandangannya.
“Definisi cantik..Bella Astillah.” Katanya
Jawapan ringkas yang diberikan oleh Syed Saddiq itu membuatkan Bella tersenyum lebar.
Apabila melihat ruangan komen, kebanyakan warganet teruja mendengar pujian Saddiq terhadap Bella.