Sufian Suhaimi Akhirnya Sah Bergelar Suami Kepada Rania Al Sadat

Penyanyi Sufian Suhaimi telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Rania Al Sadat, dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada awal pagi Jumaat.

Melalui foto yang dikongsi, dua pasangan ini tampak begitu mesra dan anggun mengenakan busana pengantin sejurus selepas pernikahan mereka.

Majlis akad nikah itu disempurnakan oleh Sufian dengan hanya sekali lafaz, yang disaksikan oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat dari kedua-dua pihak.

Dalam majlis pernikahan tersebut, Sufian menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar emas bersama tiga dulang hantaran berbalas lima, termasuk sebentuk cincin dan gelang kepada pengantin perempuan.

Leave a Comment