Penampilan terbaru pelakon Amelia Christie yang mengenakan jubah dan hijab dalam satu video yang dikongsikan di TikTok telah menarik perhatian warganet.
Dalam video tersebut, dilihat Amelia sedang berjalan menuju ke suatu tempat. Apa yang menarik perhatian adalah imej muslimah yang digayakan oleh aktres tersebut.
Tampil dengan mengenakan jubah labuh serta hijab yang menutup aurat dengan sempurna, imej tersebut bukan sahaja menarik perhatian, malah turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat.
“Terima kasih Ya Allah, caramu mendewasakanku sungguh luar biasa.” Tulisnya
Melihat ruangan komen, ramai warganet yang memuji kecantikan pelakon tersebut dan mendoakan agar dia terus istiqamah dalam menjaga aurat.