Terkini
Sinopsis Drama Melayu Dhia Kasyrani
Cerita ini mengisahkan tentang (Rita Nadira), seorang wanita muda yang tabah menjalani kehidupan setelah kehilangan kedua ibu bapanya. Sebagai pewaris Angsana Corporation, Dhia dikenali sebagai individu yang bertanggungjawab, tegas, dan berprinsip. Namun, segalanya berubah menjadi lebih mencabar apabila Dato’ Harris (Zaidi Omar), Ayah Su Dhia, mengambil keputusan untuk menjodohkan Dhia dengan Mursyid, seorang lelaki yang serba sederhana dan sangat berbeza daripadanya dalam setiap aspek kehidupan.
Walaupun dengan hati yang berat, Dhia akhirnya bersetuju dengan cadangan tersebut berkahwin dengan Mursyid. Setelah itu, mereka berpindah ke kampung halaman Mursyid yang jauh terpencil.
Dhia dan Mursyid dikenali sebagai dua insan yang bertentangan sifat, sering berbalah dan langsung tidak sehaluan. Ketidakserasian mereka semakin terserlah apabila perkahwinan itu terjadi atas desakan keluarga. Namun, persoalannya, mampukah ikatan yang bermula tanpa cinta ini bertahan, atau sekadar menambah luka dan konflik dalam kehidupan mereka?
Perjalanan Dhia dan Mursyid bukan hanya tentang bertolak ansur, tetapi juga tentang mengharungi cabaran yang menguji kekuatan hati. Dhia, yang pada mulanya dianggap sombong dan lemah oleh Mursyid, menerima cabaran untuk tinggal di kampung bagi membuktikan ketabahannya.
Namun, semuanya tidak seperti yang dijangka. Kak Long Mursyid dan sepupunya, Sabrina, membantah perkahwinan ini dan sentiasa mencari jalan untuk menghalang Dhia. Walau bagaimanapun, Dhia menunjukkan keberanian dan ketabahan yang luar biasa. Dia tidak membiarkan kata-kata negatif melemahkan semangatnya, malah secara perlahan-lahan berjaya mengubah pandangan orang di sekelilingnya, termasuk Mursyid.
Hari demi hari, ketika cinta antara Dhia dan Mursyid mula berputik, ujian baru pula datang menguji mereka. Mampukah mereka bertahan dalam perkahwinan yang penuh dengan konflik? Apakah rahsia keluarga yang akan terbongkar dan merubah segalanya?
Pelakon & Watak
- Ben Amir sebagai Mursyid
- Rita Nadira sebagai Dhia Kasyrani
- Reen Rahim sebagai Kak Long
- Aida Khalida sebagai Nek Zahrah
- Wanie Ooi sebagai Sabrina
- Zaidi Omar sebagai Dato’ Harris
- Rahim Jailani sebagai Farhad
- Ferth Jasni sebagai Ustaz Danial
- Jihaa Sham sebagai Farhani
- Muhsin Nadzli sebagai Faizul
- Lela Kadir
- Wawa Azuwar
- Eddy Syamin
Drama bersiri Dhia Kasyrani, adaptasi daripada novel Adanya Dhia karya Sophilea, akan menghiasi slot Akasia di TV3. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production, drama ini menampilkan gandingan mantap Ben Amir dan Rita Nadira. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Dhia Kasyrani yang akan mula ditayangkan pada 22 November 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 atau strim di iQIYI satu jam selepas tayangan.
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini1 month ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)