Abdul Fattah Mohd Amin, yang lebih dikenali sebagai Fattah Amin, dilahirkan pada 14 September 1990. Beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan model terkenal dari Malaysia.
Fattah Amin mula meraih populariti setelah dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2011/2012. Beliau semakin dikenali melalui peranan utamanya sebagai Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selain itu, Fattah Amin turut dikenali melalui watak-watak utamanya seperti Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot, Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella, dan Amry dalam Ganjil.

Biodata Ringkas Fattah Amin
- Nama Penuh : Abdul Fattah bin Mohd Amin
- Dikenali Sebagai : Fattah Amin
- Tarikh Lahir : 14 September 1990
- Tempat Lahir : Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia
- Umur : 35 Tahun (2025)
- Agama : Islam
- Warganegara : Malaysia
- Pendidikan : Ijazah Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Pekerjaan : Pelakon, Penyanyi, Model, Pengacara
- Tahun Aktif : 2011-kini
- Akaun Media Sosial : Instagram – @fattahaminz, TikTok – @fattahamin
Kerjaya
- Fattah Amin memulakan langkahnya dalam industri hiburan dengan bekerja sebagai kru penggambaran di bawah syarikat Skop Production, yang dimiliki oleh bapa saudaranya, Datuk Yusof Haslam.
- Nama Fattah Amin mula terkenal selepas beliau dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2011/2012.
- Selepas kemenangan dalam rancangan realiti tersebut, Fattah Amin mula menerima tawaran untuk memegang watak utama dalam pelbagai drama, filem, dan telemovie di Malaysia.
- Beliau mula mencapai puncak kemasyhuran melalui drama Playboy Itu Suami Aku, yang dibintangi bersama Nur Risteena dan diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama.
Senarai Drama
- Playboy Itu Suami Akuย (2013) โ sebagai Raja Adrian Benjamin
- Hello, Mr. Perfect!ย (2015) โ sebagai Izzul Islam
- Suri Hati Mr. Pilotย (2016) โ sebagai Kapten Ejaz Fakhri
- Hero Seorang Cinderellaย (2017) โ sebagai Tengku Ian Uzzam
- Coffee Princeย (2017) โ sebagai Danny
- My Coffee Princeย (2018) โ sebagai Danny
- Cahaya Malaikaย (2019) โ sebagai Mikael
- Puteri Yang Ditukarย (2020) โ sebagai Raja Hisham
- Hati Yang Dikhianatiย (2021) โ sebagai Adam
- Rindu Kasihย (2023) โ sebagai Zafran
- Lelaki Melayu Terakhir (2024)
- Keluarga Itu (2025)
- Bidaah (2025) – Hambali
Senarai Filem
- Gila Babyย
- KL Special Force
- Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
- Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
- Mendua