Blood Brothers : Bara Naga

“Blood Brothers: Bara Naga” ialah sebuah filem aksi tempatan yang padat dengan emosi, aksi pertarungan yang mendebarkan, serta konflik kesetiaan yang mendalam.

Filem ini membawa kisah tentang persaudaraan, pengkhianatan dan dendam, serta menjanjikan pengalaman menonton yang penuh debaran dan menyentuh perasaan.

Sinopsis Blood Brother : Bara Naga

Kisah ini mengangkat perjalanan Ariff (Syafiq Kyle), seorang pemuda yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk menyertai Silent Guard, sebuah syarikat kawalan keselamatan elit. Syarikat ini beroperasi di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merupakan ketua sindiket mafia yang digeruni, dikenali dengan gelaran Naga.

Sejak itu, Ariff telah mengangkat sumpah setia dan menjadi Blood Brother kepada Ghaz, membentuk satu ikatan persaudaraan yang tidak boleh dikhianati.

Namun, apabila pengkhianatan besar menggoncang empayar Naga, Ariff secara tiba-tiba dituduh sebagai dalang di sebalik kejadian tersebut. Kini, dia menjadi buruan utama dan suspek dalam sebuah konspirasi gelap yang mengancam nyawanya.

Terjerat dalam konspirasi dan pengkhianatan, Ariff terpaksa melarikan diri untuk mencari kebenaran dan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff melarikan diri dan terpaksa mencari perlindungan daripada abang kandungnya, Jaki (Syazwan Zulkifly), yang telah lama terpisah darinya. Namun, perjalanan mereka tidaklah mudah. Ariff kini diburu oleh sahabat karibnya sendiri, Ghaz, ketua pasukan pengawal peribadi elit yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai ‘Blood Brothers’ demi menegakkan keadilan keluarga Naga yang menuntut balas dendam.

Pertembungan antara mereka bukan hanya melibatkan pertarungan fizikal, tetapi juga pergelutan emosi yang mendalam di antara ikatan yang pernah terjalin dan kepercayaan yang telah dikhianati. Dalam dunia yang penuh dengan tipu daya, hanya mereka yang benar-benar setia akan mampu bertahan hingga ke akhirnya.

Mampukah Ariff membersihkan namanya dan mendapatkan semula kepercayaan Ghaz? Atau adakah nasibnya akan berakhir tragis di tangan sahabat yang dianggap seperti abang sendiri?

Pelakon & Watak

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Ghaz
  • Syafiq Kyle sebagai Ariff
  • Shukri Yahaya sebagai Fadlan
  • Amelia Henderson sebagai Sheila
  • Syazwan Zulkifli sebagai Jaki
  • Wan Hanafi Su sebagai Dato Zul
  • Zamarul Hisham sebagai DSP Adlin
  • Andy Teh sebagai Pablo
  • Irfan Zaini sebagai Malik
  • Razib Salimin sebagai Sham
  • Shah Reza sebagai Boss Sam
  • Husyairy Hussein sebagai Ayah Mus
  • Tracie Sinidol sebagai Mira
  • Dini Schatzmann sebagai Daniel
  • Mikael Noah sebagai Adi
  • Amir Nafis sebagai Amir

Blood Brothers: Bara Naga diarahkan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra di bawah produksi Skop Productions Sdn Bhd. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 10 April 2025.




Leave a Comment