Sharnaaz Ahmad Usik Amelia Henderson

Kehadiran pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai tetamu dalam sesi podcast โ€˜Studio Sembangโ€™ yang dikendalikan oleh aktres dan pengacara, Amelia Henderson, berjaya mencuri perhatian netizen.

Dalam satu potongan video yang dimuat naik oleh Primeworks Studio di TikTok, Sharnaaz dilihat ingin menunjukkan sesuatu daripada telefon bimbitnya kepada Amelia sebagai bukti.

Pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu kemudiannya menegaskan bahawa dirinya seorang yang sentiasa berterus terang dan jujur dalam setiap tutur katanya.

“Saya akan tunjukkan yang saya tak main-main dan cakap yang benar.”

“Awak rasa saya ini menipu punya orang ke?”

“Kalau saya kata saya sayang awak, maknanya saya sayang tau.” Katanya

Perkongsian itu berjaya menarik perhatian wargamaya, yang rata-rata terkejut tetapi terhibur dengan kata-kata manis yang diungkapkan oleh Sharnaaz.

Leave a Comment