Kepintaran Rina, anak kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim dan Maryam, dalam menyelesaikan masalah berjaya menarik perhatian ramai di media sosial.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik di TikTok Rina dilihat sedang duduk seorang diri di atas sofa, yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Namun, insiden itu bermula apabila minuman tersebut secara tidak sengaja tertumpah di atas sofa tempat Rina duduk.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai apabila Rina berjaya mengatasi situasi tersebut dengan tenang.
Ryzal juga sempat berseloroh mengenai tindakan licik anak perempuannya itu.
“Apapun berlaku yang penting strategi kena ada” Tulisnya pada kapsyen
Melihat ke ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan Rina yang bijak mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya. Selain itu, warganet juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Ryzal dan Maryam kerana berjaya mendidik anak perempuannya menjadi seorang yang berdikari.