Terkini
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
Artikel kali ini berkongsi mengenai info PAJSK ataupun singkatan bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum. PAJSK merupakan salah satu komponen di bawah Sistem Pengurusan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia.
Apakah itu PAJSK?
PAJSK berfungsi sebagai tempat mengurusakan perihal aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum di sekolah. Semua peringkat akan menggunakan sistem ini. Bermula daripada guru yang memasukkan markah PAJSK sehinggalah ke bahagian Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Sistem PAJSK dibahagikan kepada dua iaitu;
- Sekolah rendah
- Sekolah Menengah.
Manakala, sistem login setiap sekolah pula terbahagi kepada;
- Bahagian
- Jabatan Pendidikan Negeri
- Pejabat Pendidikan Daerah
- Sekolah
Format PAJSK
PAJSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu;
- SEGAK
- Kokurikulum (terbahagi kepada Kelab Persatuan, Unit Beruniform,Sukan/Permainan)
- Ekstra Kurikulum
Apa itu Ujian SEGAK
SEGAK merupakan satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengetahui tahap
kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Bahagian kecergasan yang diukur
dalam SEGAK terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah
Rendah dan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Menengah. Ujian ini perlulah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan
Jasmani dan dilakukan dalam bulan Mac dan Ogos. Para guru perlu rujuk Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.2/2016: Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah
bertarikh 17 Februari 2016.
Cara Login PAJSK
Berikut cara untuk login ke dalam PAJSK;
- Layari laman web : https://pajsk.moe.gov.my/index.php
- Pilih kategori yang ingin anda login.
- Masukkan ID kod sekolah dan kata laluan
- Klik masuk.
Pengumuman Terkini PAJSK
PENGISIAN DATA PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) BAGI KALENDER AKADEMIK SESI 2022/2023
Pengiktirafan program-program pada peringkat KEBANGSAAN dan ANTARABANGSA boleh dirujuk melalui pautan
Manakala Pengiktirafan program peringkat NEGERI/DAERAH, boleh dirujuk melalui Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.
Seterusnya untuk sekolah swasta yang masih belum berdaftar dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), harap dapat berhubung dengan Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri. (Sekolah swasta yang memakai KURIKULUM KEBANGSAAN sahaja)
Mohon setiap pengguna (JPN, PPD, guru sekolah rendah dan sekolah menengah untuk masukkan password sementara (Pajsk2022) dan lakukan pengemaskinian untuk kata laluan yang baharu. Sila isikan kata laluan Pajsk2022 sebagai password lama.
Jika terdapat aduan atau pertanyaan berkenaan sistem PAJSK boleh email ke aduan.pajsk@moe.gov.my
Sekian terima kasih.
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini2 years ago
APDM 2023: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)
-
Terkini2 years ago
“Biasa air teh, ini kopi pula”- Video memaparkan air yang dikeluarkan di Kelantan berwarna Hitam Pekat Undang rasa kecewa rakyat Kelantan